Monday, July 16, 2012

ROAD TOUR

Menjadi satu jenaka pada diri ini bila membaca satu nukilan pada Sinar Harian yang pembacanya menyatakan bahawa PM dan TPM hanya membuang masa membuat road tour se-Malaysia hanya untuk mendekati rakyat.

Mungkin pembangkang picisan ini lupa bahawa road tour merupakan satu dewa keagungan bagi pembangkang sejak zaman dahulukala lagi.

Apakah salah pemimpin turun ke akar umbi bertemu rakyat berjabat salam bertemu mata dalam mengenal isi hati budi rakyat jelata?

Tepuk dada tanya iman.

Sunday, July 1, 2012

HALATUJU PENDIDIKAN NEGARA

Nampak serius tajuk kali ini?

Bukan apa, nampaknya isu pilihan raya umum kali ini semakin panas hinggakan isu pendidikan telah menjadi satu medan tempur politik yang cukup lara dan tidak beretika pada ketika ini.

Hinggakan pakcik pemandu teksi pun duk bercerita itu ini, menjadi 'dewa' penyampai manifesto yang belum tentu ada kebenarannya.

Ingatlah bahawa maruah seorang manusia itu juga terletak pada lidahnya!

PTPTN yang menjadi isu utama pada ketika ini dek kerana Rafizi dan KJ sudah pun diperdebatkan secara terbuka di Astro Awani satu ketika dahulu.

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kelemahan di pihak PTPTN dalam melaksanakan dasar pinjaman pendidikan negara, namun apa yang harus dibongkar adalah kelemahan-kelemahan yang sudi untuk mereka perbetulkan.

Nilaian UJRAH sebanyak 1 peratus yang dikenakan pada saya SANGAT murah jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan yang menjalar dengan kereta masing-masing setelah bergraduasi.

Amboi bang, takkan tak ingat nak bayar hutang?

Sekiranya ada yang masih tidak berpuas hati dengan isu pembayaran balik duit PTPTN, nilaikan 5 perkara yang saya senaraikan di bawah:

1. Jika tak berhajat nak bayar balik duit PTPTN, maka sila dapatkan Ijazah Kelas Pertama yang boleh menjadikan duit tersebut sebagai satu biasiswa. Ramai rakan bukan Bumiputera saya yang telah berjaya, anda bila lagi?

2. Andai tak berhajat nak kena bunga yang tinggi, maka langsaikanlah hutang secepat mungkin. Analogi mudah - 1% untuk 1 tahun, jadi kalau dah 5 tahun tangguh, mesti la kena bunga 5% kan? Yang pergi gatal buat pinjaman kereta dan kahwin tu pasal apa?

3. Benci PTPTN? Cari duit banyak-banyak untuk anak-anak sekarang supaya lepas ni jangan bagi ahli keluarga pinjam duit daripada PTPTN.

4. Anak-anak muda guna duit PTPTN untuk beli telefon bimbit yang baru. Eh, tau la duit tu dah jadi hak awak, tapi ALLAH beri awak duit untuk diniatkan demi menuntut ilmu, bukan bergayut dengan teman wanita/lelaki 24 jam.

5. PTPTN bersedia untuk berbincang dengan peminjam-peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman dengan nilai tinggi. Wei, RM50 sebulan pun dia terima la...

Sekadar 5 perkara dahulu. Penulis pun nak pergi baca nota untuk exam supaya dapat 1st class degree. =)