Friday, June 29, 2012

BERNILAIKAH SATU UNDIAN?

Terkesima apabila ada sesetengah rakan sebaya yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Memang tak dapat dinafikan alasan yang diberi kelihatan sempoi dan relevan. Antaranya adalah:

1. Ala, ramai dah yang mendaftar, aku sorang takkan bagi kesan pun andai tak pergi mengundi.

2. Sesiapa pun yang menang pilihan raya tu, aku tetap kena cari duit sendiri.

3. Ahli politik duk bercakaran macam kucing nak beranak, baik aku tak payah undi. Main politik macam nak bertanding jadi ketua kelas kat sekolah aku.

4. Mana ada masa nak daftar. Pergi pejabat pos? Leceh la ramai orang.

5. Kerajaan ke, pembangkang ke, dua-dua sama je. Bukannya boleh pakai. Baik aku undi Tok Mun kat Kuala Terengganu.

Saya sudah mendaftar. Anda bila lagi?

Thursday, June 28, 2012

PERLUKAH BERDEBAT?

Hmmm panas betul isu perdebatan ni. Sampaikan YB Kubang Kerian pun panas punggung dek terlepas cakap tempoh hari. Haish, belum selesai Bukit Gantang buat masalah, dah terlepas cakap pula calon kita yang sorang ni. Orang Johor sedia ke untuk menerimanya?

Persoalan yang timbul pada hari ini adakah perlunya sistem debat ini? Forum, diskusi dan sistem yang sama waktu dengannya adalah istilah yang hampir sama dan membawa maksud yang sama untuk kita dengar, nilai dan ambil tindakan.

Anggota PR macam Abang Fizi dan AMK suka sangat nak guna pentas DEBAT sebagai satu tindakan serampang dua mata dalam melebarkan sayap Pakatan yang dah semakin tak sepakat.

Bagaimana saya boleh berkata begitu?

1. Kadar putar belit sangat tinggi dalam menjawab sebarang persoalan secara spontan dan tuntas hingga boleh mengelirukan rakyat.

2. Isu spontan yang diketengahkan mungkin akan disensasikan oleh media massa dalam mencorakkan kehangatan pentas berita akhbar semasa. (Tak percaya? Lihatlah Utusan, Harakah dan Suara Keadilan.)

3. Maaf cakap, tapi kadang-kadang orang Barisan sendiri tak cukup bersedia dalam menghadapi debat terbuka. (Fakta kes: Husam dan Rashid VS Nazri di Kota Bharu tentang PRU Bersih satu ketika dahulu.)

4. Rakyat sudah muak dan jelik atas perhitungan tanpa batasan antara kedua-dua belah pihak.

Penulis sejenak memikir, bilalah kita akan dapat mengecapi nikmat kemunculan ahli-ahli politik yang matang dan telus berkerja untuk rakyat?

Tuesday, June 19, 2012

BINGITAN BERNAS ANWAR TENTANG LYNAS

Haha.

Hari ini segala keterangan tentang projek Lynas di Gebeng, Kuantan telah dijawab oleh Parliment Selection Committee (PSC) yang diketuai oleh Dato' Seri Khalid Nordin.

Although that he is not a truly political fighter, but I do believe that he did a good job in managing this issue.

For those opposition team, let me enlighten you with the smallest fact of this 'gas nadir Bumi'.

Dalam subjek kimia tingkatan Empat, hampir semua pelajar aliran Sains mengetahui bahawa gas nadir adalah gas ringan yang hanya mendatangkan implikasi yang cukup minimal buat kita semua.

Lihat lampu kalimantang yang berada di hadapan anda. Di dalamnya ada gas nadir. Takutkah kita?

Nampaknya anda hanya berimaginasi atas bayang-bayang sendiri tanpa perlu melihat serta membongkar fakta atas rasional dan bukti di atas segala tohmahan yang anda lemparkan pada kerajaan.

Anda juga nampaknya sudi melihat negara lain maju ke hadapan tanpa membenarkan negara membuat perubahan.

Persoalannya kini - adakah orang yang menolak perubahan perlu kita lantik dalam membina Wawasan 2020?

Hmm saluran 3 tidak sebodoh yang disangkakan. =)

Monday, June 18, 2012

MARI MENILAI

Lepas satu, satu lagi isu timbul dalam kehangatan PRU 13 yang semakin hampir.

Pihak pro-kerajaan pulun habis dengan isu yang dibekalkan oleh Ahmad Maslan yang nampaknya langkah agak layu baru-baru ini, namun putera dan puteri macam kami akan terus tegak berdiri dalam merenangi isu yang tidak akan putus henti ini.

Buat rakan-rakan pembangkang, kami harap akan ada hidayah yang diturunkan dalam menyelusuri hari-hari mendatang. Adakah nak menunggu bala datang bergolek baru nak nampak haluan yang sebenarnya?

Politikus rakus hanya tahu memanipulasi rakyat demi mengejar sebuah undi yan menjadi percaturan haluan ke Putrajaya.

Namun, cermin la dahulu diri, dalam melihat maruah anak bangsa yang diperjudi demi menaikkan insan yang dahulunya pernah bersultan di mata, beraja di hati!!!

Salam perpaduan.

Sunday, June 17, 2012

THE MAN BEHIND MALAYSIA



Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad adalah seorang insan yang sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dulu, kini dan selamanya. Beliau menjadi kontraktor utama dalam memacu kegemilangan Malaysia ke arah dunia tanpa sempadan serta Malaysia kini bukan lagi sebuah negara membangun dalam keadaan yang daif dan hanya sebagai sebuah negara kecil dalam buku yang bernama atlas.

(8 Mac 2011), Dr M telah melancarkan buku nukilan terbarunya dalam merungkai setiap perkara dan tindakan yang telah dilakukan olehnya dalam proses memacu kemajuan Malaysia sebagaimana yang kita kecapi pda hari ini. Setidak-tidaknya cuti semester kali ini sudah asti terisi dalam menyelusuri segala pengalaman seorang pemimpin negara yang boleh menjadi teladan dalam segala hal kepimpinan.

Walaupun Dr M seringkali di-cap-mohorkan oleh segelintir insan dalam barisan pembangkang sebagai seorang diktator yang telah mencengkam Malaysia selama 22 tahun, ingin saya kembalikan soalan kepada pembangkang.

Aspirasi bangsa yang tak pernah luntur, sebagai penggerak Melayu moden.

GENDERANG PERANG!

Insya-Allah jati diri anak Melayu pantang berundur apabila dicabar.

Selangkah derapan kaki melangkah bermakna pantang berundur sebelum ajal.

Namun menjadi satu persoalan antara delapan manusia, ke manakah perginya nilai luhur murni budaya bangsa yang menjadi sekadar satu hinaan penuh rakus oleh politikus yang hanya menanti masa untuk menjadi sebuah petualang yang berjasa.

Pelik dengan pos ini?

Nantikan isu besar yang bakal dikupas dalam jangka masa terdekat.