Thursday, June 28, 2012

PERLUKAH BERDEBAT?

Hmmm panas betul isu perdebatan ni. Sampaikan YB Kubang Kerian pun panas punggung dek terlepas cakap tempoh hari. Haish, belum selesai Bukit Gantang buat masalah, dah terlepas cakap pula calon kita yang sorang ni. Orang Johor sedia ke untuk menerimanya?

Persoalan yang timbul pada hari ini adakah perlunya sistem debat ini? Forum, diskusi dan sistem yang sama waktu dengannya adalah istilah yang hampir sama dan membawa maksud yang sama untuk kita dengar, nilai dan ambil tindakan.

Anggota PR macam Abang Fizi dan AMK suka sangat nak guna pentas DEBAT sebagai satu tindakan serampang dua mata dalam melebarkan sayap Pakatan yang dah semakin tak sepakat.

Bagaimana saya boleh berkata begitu?

1. Kadar putar belit sangat tinggi dalam menjawab sebarang persoalan secara spontan dan tuntas hingga boleh mengelirukan rakyat.

2. Isu spontan yang diketengahkan mungkin akan disensasikan oleh media massa dalam mencorakkan kehangatan pentas berita akhbar semasa. (Tak percaya? Lihatlah Utusan, Harakah dan Suara Keadilan.)

3. Maaf cakap, tapi kadang-kadang orang Barisan sendiri tak cukup bersedia dalam menghadapi debat terbuka. (Fakta kes: Husam dan Rashid VS Nazri di Kota Bharu tentang PRU Bersih satu ketika dahulu.)

4. Rakyat sudah muak dan jelik atas perhitungan tanpa batasan antara kedua-dua belah pihak.

Penulis sejenak memikir, bilalah kita akan dapat mengecapi nikmat kemunculan ahli-ahli politik yang matang dan telus berkerja untuk rakyat?

No comments:

Post a Comment